Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Wednesday, May 9, 2007

14 Cara Buat Roomeet Anda Gila

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time…

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monday, May 7, 2007

Naluri Biasa Remaja - CINTA

Remaja...complicated betul perasaan remaja..melalui zaman remaja amat memeritkan.. bukan tak cegah diri dari perasaan cinta..tapi, perasaan tuh datang juga untuk menguji...MENGAPA? APA TINDAKAN yang perlu aku buat????

21185588757201l

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah. Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua


#¦Ø Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina

#¦Ø Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum- minum…adakah itu menghampiri zina

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan

#¦Ø Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis


#¦Ø Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?


#¦Ø Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan) ,ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan

berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud)


Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan


#¦Ø Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba- hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?


#¦Ø Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group? nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


#¦Ø Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia


#¦Ø Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula


#¦Ø Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma Tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.


#¦Ø Tentu ada cinta secara Islam

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia


#¦Ø Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua- dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujun g jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!


#¦Ø Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang


#¦Ø Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah:


Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-Aaraf:ayat 19)


Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua- duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


#¦Ø Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata- mata. Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.


#¦Ø Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?


#¦Ø Tanya sikit…adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya `angkat' ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan


#¦Ø Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.


#¦Ø Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orangyang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.

Allah berfirman:

Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur: Ayat 3)


Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.



#¦Ø Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik

#¦Ø Kami telah berjanji untuk sehidup semati

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


#¦Ø Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang second hand sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goring dan segelas air sirap bandung,bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya


#¦Ø Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar(Al-Ahzab: ayat 35)


#¦Ø Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariMya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya


#¦Ø Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar- benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini

2. menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan

3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul


Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain.

Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu


#¦Ø Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka

Thanks & best Regards,



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Friday, May 4, 2007

Keagungan Allah - sejadah Membaca Al-Quran



Terkejut dan meremang bulu roma bila tengok vclip ni. Daripada blog yang kawan saya dapat, ceritanya berlaku di sebuah masjid di Muscat, Oman. Pada suatu malam orang kampung terdengar suara orang mengaji Quran kat masjid tu. Bila orang kampung pergi tengok, takde seorang manusia melainkan satu sejadah tengah duduk sambil mengaji Quran.

Setakat mana benarnya vclip tu wallahualam. Andai ianya benar, akuilah kebesaran Allah swt.

Nama Jepun Aku

My japanese name is 中島 Nakashima (center of the island) 千秋 Chiaki (very fine in autumn).
Take your real japanese name generator! today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.



Minat Jepun ? Saya suka Jepun; bahasa, prinsip, gaya percakapan, sikap…banyak lagi. Post kali ni bukan pasal masyarakat Jepun, tapi pasal nama. Nak tau apa nama anda dalam bahasa Jepun ? Klik link kat atas tu. Nama saya Nakashima. Kalau dalam Jepun…watashi wa Nakashima ;) Douzo yoroshiku eheh. Sape-sape yang dah cuba, apa kata bagitau nama anda dalam Jepun kat sini ;)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Wednesday, May 2, 2007

Hantar Email - Besar dan Selamat

Huhu...macam bodoh jer tajuk ni..haha. Erm..semalam aku minta lagu OST Cinta dari wayer, dia send guna YM, besar nak mampus file tu dan terhegeh2 nak dpt..(Untuk pengetahuan korang wayer ni roomate aku jer, duduk satu bilik pun main YM gak, techno2)..hehe

Waktu tu aku terfikir camne nak mudahkan bile aku nak transfer atau accept file yg gabak2. Then kebetulan aku jumpa website ni..

DROPSEND

so korang bleh try lah…info-info..

Saturday, April 28, 2007

Ustaz Akil Hayy feat. in-TeaM - PERJALANAN

Sampaikan hasratku kepada mereka yang SOLEH. Ingin aku bersama mencari keredhaan-Nya.

Dunia ini tiada nilainya tanpa ketaatan kepada Allah S.W.T. Walaupun kita hidup seribu tahun...tiada nilainya.

Ya-Allah, bantulah hamba-Mu ini...aku hamba Mu yang lemah Ya Allah.... bimbinglah aku ke jalan Mu Ya Allah...

Aku pasti akan kembali kepada Mu suatu hari nanti. Sekuat mana pun aku...sekaya manapun aku...sehebat mana pun aku...aku akan kembali kepada MU... Golonglah aku di kalangan hamba Mu yang taat Ya Allah... Amin..



Boringnya........ + Majlis Perpisahan Pengetua

Huh...aku tak tahu nak buat apa skang. Boring giler ni...dari malam tadi aku tak tido. Sekarang dah pukul 8.45 am. Semalam study sampai kul 1 pagi, pastu layan criter Jangan Pandang Belakang versi cetak rompak..haha. Abis kul 3 am lebih. Lepas tu layan citer cina plk sampai pukul 5 am lebih...pastu aku siapkan forum terbaru aku plk, sampai subuh...huhu.


Forum tu aku akan hebahkan nanti bila semuanya dah siap. Lepas solat subuh, aku sambung lagi setting forum. Pastu sarapan pagi kat Dewan Makan. Sekarang aku blur...xtau nak wat aper. Huh..sambung sket blog hari ni. Jap lagi bila aku habis menulis ni, aku nak tido kejap..hehe. Nak qada balik yang tak tido semalam...confirm bangun kul 12 PM ni..haha.

Urm... tak tahu nak tulis aper, aku nak criter pasal Majlis Perpisahan Pengetua Kolej aku lah. Semoga lain kali aku dapat baca lagi catatan ni. Empat hari lepas berakhirnya perkhidmatan Pengetua Kolej aku yg disayangi, En Yusoff Musa. Pengetua aku dinaikkan pangkat untuk bertugas di bahagian Pengantarabangsaan Pelajar, Unit Pasca-Siswazah. Tahniah En Yusoff...

Pengetua kolej aku ni baik sangat..sangat rapat ngan student. Sedih plk bila dia dah takde. Majlis Perpisahan Pengetua diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya, KL pada 24/04/07 lepas. Semua penyelia, staff dan Barisan JTK di jemput sama meraikan pengetua.

PS- Semoga Tuan Pengetua sentiasa success di mana saja berada... :) Jasamu dikenang...

Friday, April 27, 2007

Banyak Untung Kalau Kenal Lelaki

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.
Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.
Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
-----------------------------------------------------------------
IKLAN

Anda suka menonton movie, anime dan sebagainya? sila ke blog terbaru saya dengan klik pada banner di bawah.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
------------------------------------------------------------------

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna-menyempurn akan lengkap-melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Oleh, DR. HM TUAH

Saturday, April 21, 2007

Cerita Semalam Dan Mastereload.Biz

Fuhh..nasib baik. Semalam aku hampir2 dilanggar oleh seorang cina yang mabuk. Cehh...bangang betul. Aku pada masa tu baru balik dari SS14 dari memasukkan duit dan mengeluarkan duit.. Haha..korang mesti pening kan..memasukkan duit dan mengeluarkan duit. Takpe, aku citer jap lagi.

Sedang aku naik motor skuter kesayangan aku tu, tetiba.....ekkkkkks, kereta yang budak cina tu naik membrek. Terkejut beruk aku..Nasib baik tak langgar aku. Kalau tak, urmm...confirm rosak keta dia..haha.. (bkn aku yg tercampak..haha). Masa tu dalam poket seluar ada RM500 yang baru dikeluarkan...kalau kena langgar, confirm berterbangan. Ceh, bajet banyak jer RM500...Yer la, bagi student banyak tu RM500. Yang aku tak puas hatinya, mabuk pun nak naik keta gak... bawa lintang pukang..kejap ke kiri, kejap ke kanan. Nasib baik tak langgar penghadang jalan.

Pasal aku masuk duit plk, sebenarnya aku transfer ke akaun Kak Rida Paridah sebanyak RM20. Sebab aku masuk Mastereload.Biz. Korang tau tak Mastereload.Biz ni? Sebenarnya macam ni, aku join satu bisness top up...hehe. Dulu, pendaftarannya RM58. So, time dia turunkan harga ni, aku join la... Bisness ni macam ni..korang boleh jual top up 24 jam tanpa perlu ada kedai top up. Kalau korang bukak kedai top up, kena bayar sewa bil elektrik, bil air, upah orang jaga kedai... waduh, banyak gak tu. Tapi, mastereload.biz ni asalkan korang ada handset jer...korang boleh jual top up. Kalau korang taknak jual pun takper...asalkan korang mantain beli top up RM10 sebulan dari Mastereload. Biz jer, korang dapat bonus penajaan, bonus kumpulan, bonus MC dan banyak bonus lagi la....korang jgn salah faham, ni bukan pelaburan yer...yang diharamkan tu.

Dengan kemudahan web replika secara automatik dan website autoresponder memudahkan lagi promosi anda dan peluang untuk penajaan lagi mudah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Mastereload.Biz ni, boleh la klik kat banner di bawah. Promosi pendaftaran RM20 sampai 15/05/07 jer...pastu akan jadi RM58 balik lepas tu. Pada harga promosi ni jgk, korang berpeluang bercuti di Genting Highland...nak tahu lebih lanjut, klik pada banner di bawah yer...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Wednesday, April 18, 2007

Blog Terbaru Saya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya saya telah berjaya mempunyai blog dot com sendiri. Huhu...saya dah lama sebenarnya nak mempunyai blog sendiri ni. Tapi sentiasa tak cukup bajet terpaksalah tangguhkan sampai sekarang. Anda semua tahu tak, jika kita tidak mempunyai blog dot com sendiri, (contohnya blog saya yang anda sedang baca sekarang ni) kepunyaan Pak cik Google, so kalau pakcik google nak delete, sukati dia lah...huhu... Lebih sakit lagi kalau blog tu merupakan untuk tujuan Google Adsense atau bisness kita. Dia tak akan bagi apa2 warning untuk men'delete' blog tersebut.

Sekarang, saya akan memberikan banyak tumpuan pada blog yang terbaru tu. Tapi, kepada sesaper yang selalu jenguk blog ni, tak aper...saya tak akan tinggalkan blog ini. Saya tetap akan tambahkan entry dari semasa ke semasa untuk panduan dan manfaat kita bersama.

Anda semua di jemputlah ke blog terbaru saya yer....hehe. Di Blog terbaru tu, saya ada memuatkan "Funny Story, Love Story, Free Download Movie, Funny Cartoon " dan sebagainya.
Movie-movie akan dimasukkan secara berperingkat-peringkat untuk proses update. Harap anda semua boleh selalulah berkunjung ke sana.

Untuk makluman anda, saya ada menyediakan khidmat meng"install" blog dot com. Jika anda berminat, bolehlah menghubungi saya. Anda berhak menentukan Domain dan Hosting sendiri. Anda akan mendapat blog seperti blog saya nanti dan anda bebas memasukkan entry sesuka hati anda....untuk peribadi anda, blog perniagaan anda dan apa saja. Jika anda ingin melihat contoh blog yang akan anda dapat, klik pada banner di bawah untuk ke blog terbaru saya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sunday, April 15, 2007

Mari Kita Exchange Link

Jika anda berminat untuk bertukar link dengan saya, saya amat mengalu-alukannya. Bertukar link bermaksud, saya meletakkan link ke website/blog anda di blog saya dan anda pula meletakkan link ke website/blog saya di website/blog anda.

Sekiranya berminat, sila tinggalkan link anda di ruangan komen atau shoutbox di sidebar. Saya akan meletakkan blog/website anda di halaman rakan-rakan nanti.

Semoga dengan cara ini, kita akan dapat lebih ramai pelawat ke blog/website kita. Tak kisah samada blog/website anda untuk personal atau perniagaan. Ini adalah situasi menang-menang dimana reciprocal link antara laman website / blog yang berkaitan bidangnya berupaya meningkatkan Page Rank dan seterusnya menaikkan ranking anda di search engine.Semoga kita success bersama.

Wassalam...

Yang Benar,
Mohd Zainuddin Che Ismail

---------------------------------------------------------------------------

IKLAN BERBAYAR

Tahukah anda, perniagaan melalui internet mempunyai potensi yang besar untuk mendapat income yang gempak kerana prospek adalah dari seluruh dunia. Anda berminat menjalankan bisness di internet, tetapi tidak tahu idea-idea bisness yang sesuai untuk dijalankan di internet. Usah risau, saya ada idea untuk ada...klik pada banner di bawah.

Salam bisnes!
Mohamad Tazilan Hj.Ibrahim


Saturday, April 14, 2007

Sekadar Renungan Buat Hati Yang Lara...

Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya Yang demikian tidak ku dapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri. - al-Ghazali

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Friday, April 13, 2007

Aku Masih Cintakan Mu...Kekasih...



Aku masih cintakan mu...walaupun sudah lama aku menunggu untuk cinta ini. Aku akan tetap menunggu. Aku bukan lelaki yang dayus. Ramai gadis mencintai aku...tetapi aku hanya mencintai mu...

Aku mungkin tak sepadan denganmu..aku hanya manusia biasa yang tidak ada apa2 kelebihan. Tidak ada paras rupa, tidak ada harta kekayaan..tetapi aku hanya ada sebuah hati yang betul-betul mencintai mu.Jika kau terasa "jatuh saham" bersama dengan aku...ok, Izinku Pergi...aku doakanmu semoga sentiasa bahagia...dan dapat apa yang kamu idam-idamkan.

Aku tahu...apabila kita mencintai seseorang, belum tentu dia akan jadi milik kita. Aku tak kisah kamu akan menjadi milik siapa...asalkan kau bahagia. Inilah bukti cinta sejati...Aku cintakan kau...xxxxx

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Tuesday, April 10, 2007

Kolej Kesayanganku...



Di sinilah aku berteduh sepanjang 2 tahun aku di UM ni. Banyak kisah suka dan duka sepanjang berada di Kolej Kinabalu yang tercinta ni.. :)

Lagu Kolej Kinabalu

Berada dalam satu perjuangan
menuju ke satu wawasan
cemerlang berterusan

menjadi kolej yang ternama
kebanggaan rakyat dan negara

kita satukanlah dengan keyakinan
pastikan kita selangkah dihadapan

------- ulang --------------------

Di sinilah kita satukan cita-cita
satu tekad dan satu tujuan

kita pastikanlah Kinabalu tercinta
kan teratas di Persada Perdana

-------- ulang -------------------

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monday, April 9, 2007

Mak Ai, Exam Dah Dekat La...

Assalamualaikum..

Hurmm...exam dah dekat. Lagi seminggu aku akan final exam. Entah dapat buat atau tak aku tak tahu la..insya-Allah boleh!!! Kekadang aku risau..yer la, ader lagi yg tak abis buat revision. Risau risau gak, tapi aku mantain hepy jer...haha. macam tak sedar esok lusa dah nak exam. Bukak frenster, kekadang main games..haha. Ni la life aku kalau korang nak tahu.

Yang paling aku risau, Geologi Engineering. , susah dul...aku tak tau bleh scor ke tak ni. Yang lain insya-Allah ok jer.. lagi 1 tahun atau satu tahun setengah lagi aku akan abiskan pengajian kat sini. Urmm..rasa mcm kejap jer aku kat UM ni. Dah nak masuk final year la...haha. Rasanya baru semalam jer masuk UM ni.

Sekarang ni projek kolej dah abis. sebab tu aku aman sket skang. Skang ikut suka hati aku nak gi mana, xder orang nak halang. Kalau dulu...sekejap2 ader mitin JTK, pastu mitin Umrah, pastu mitin JIK, pastu mitin ngan Wakil Tingkat. Sebelum maulidurrasul ari tu, hampir sebulan tiap2 minggu ader mitin ngan MPMUM. Tak campur lagi ngan aktiviti2 peribadi aku...hahaha. Skang tinggal satu jer..projek Umrah. Tu pun aku rasa kena tangguh sebab masalah visa pelajar pompuan. Arab Saudi skang ni strike giler bab2 visa ni. Dia nak gak budak2 pompuan yang nak gi umrah ni ader waris atau mahram..mana la ader cek abang oi..ni bukan gi ngan family. Gi ngan projek kolej... Huh, lupakan..insya-Allah panjang umur dapat pergi la tu.

Skang study week..dah ramai student2 yg balik umah. Sunyi jer 2-3 hari ni. Nasib baik la ader kwn aku sorang ni yg slalu datang bilik aku. Dia budak UM tp tinggal kat luar UM sb kene reject kolej..hehe..sian. Slalu datang bilik aku main game sesama. Main game worm, CS dan Dota. Kalau lwn ngan dia, biasanya aku la yg kalah..hahaha. Malam ni pun dia datang...tadi dah main game, skang tengah rileks2 kat atas katil aku..haha.

bye2..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sunday, March 25, 2007

Pergi Jalan2 Kat UPSI

Huh...letihnya. Masa aku tulis blog ni, aku baru balik dari Klang selepas pergi UPSI. Aku bersama DM Kobex, SM Aizat dan M Sopi pergi ke UPSI sejak hari Jumaat lagi...skang baru blk. sekarang pagi Ahad..huhu.

Kitorang ke sana atas urusan kerja...yang tak dapat dielakkan. Bertolak pada hari Jumaat, mlm Sabtu dan sampai UPSI dalam pukul 11PM. Kitorang berjumpa dengan semua group kat Restoran Mamak Nasi Kandar, depan Bahtera. Settle semua urusan malam tu, aku dan M Sopi bermalam di rumah kawan aku di Kolej Kediaman Harun Aminurrasyid. DM Kobex dan SM Aizat hanya tidur di dalam kereta proton Putra kepunyaan DM Kobex sampai pagi.

Sabtu (24/03/07)- Misi bermula pada pukul 9AM. Kitorang semua bertolak ke Kampus UPSI. Settlekan kerja di sana dalam pukul 3PM dan kembali ke Restoran semalam. Pukul 7PM, kitorang semua bertolak ke Klang pulak. Selesaikan kerja di sana...Jam dah menunjukkan pukul 2AM, kitorang pun bertolak balik ke UM.

Sepanjang aku di UPSI, ramai member2 aku masa MRSM YT Besut dan MRSM KT dapat aku jumpa...antaranya Fahmi, Handalah dan Azuan (Binjai). Hari last aku di UPSI, aku sempat berkenalan dengan Salman, pelajar tahun pertama yang mengambil jurusan Maths. Dia ceritakan pada aku, dia masuk UPSI atas permintaan keluarga. Walaupun dia tidak berminat, tetapi untuk tidak mengecewakan ibu-bapa, dia turutkan kemahuan. Semoga dia menjadi anak yang soleh dan sentiasa berjaya.....

Monday, March 19, 2007

Suatu Malam Di Lorong Haji Taib

Sepanjang dua tahun aku di bandar metropolitan KL ni, banyak perkara yang sudah aku belajar..bermacam-macam ragam manusia telah aku jumpa. Semuanya mengajar aku erti kematangan dan mengenali liku-liku hidup seorang manusia...


Malam ni, selepas balik dari UiTM jumpa kawan aku, lebih kurang pukul 12 tengah malam,aku bersama 3 orang kawan aku yang lain bercadang meronda Lorong Haji Taib. Petang tadi aku lepak di bilik kawan aku, dan aku terbaca buku mestika tentang pelacuran dan kebanjiran 'bapuk' di Lorong Haji Taib. Betulkah?? so, kitorang pun ke sana malam ni.

Sesampainya di sana, memang benar seperti yang di sangka...Fuhh, berlambak-lambak 'bapuk' yang kitorang jumpa. Kebanyakannya sedang menunggu pelanggan di kaki lima bangunan kedai. Tak puas hati tengok dari jauh, kitorang parking kereta...lalu berjalan kaki ramai-ramai meronda kawasan Lorong Haji Taib. Kebanyakkan yang kitorang jumpa adalah 'bapuk2' dari kalangan orang melayu...Masya-Allah..apa nak jadi ngan diorang ni...

"Bang, gadis umur 15 dan 16 tahun hanya RM20 jer bang...murah2..Jom la bang. Abang ikut saya dan tengok sendiri...RM20 jer " satu suara menyapa dari arah belakang kami. Huh, terkejut kitorang..."takpe la bang, kitorang nak jalan2 jer...", kawan aku menjawab. "bang, gadis ni bang...umur baru 15, 16 tahun..RM20 jer bang...", orang lelaki itu terus memujuk. Malas nak layan, kitorang terus blah ke tempat lain. Dalam fikiran aku" mungkin itu yang di panggil bapak ayam kot...tak pun agen diorang".


Kami terus berjalan dan melintasi sekumpulan 'bapuk'. "Fewwittt...", bapuk2 itu bersiul untuk menarik perhatian kitorang. " Abang, datang la sini bang...murah jer bang.."terdengar suara sorang bapuk tu berkata. Kami lihat diorang...Perrrghh, sebijik macam pompuan. Cantik pulak tu..kalau tak tengok dengan baik, mungkin kitorang dah anggap diorang tu pompuan. Kenapalah diorang tu jadik mcm ni...kesian diorang.

Sepanjang perjalanan itu, kitorang dapat saksikan bagaimana beberapa orang yg bermotosikal menempah bapuk2 itu. Kami jugak nampak seorang lelaki india dengan bapuk indianya menaiki sebuah rumah tumpangan...semestinya untuk "projek". Aku juga dapat saksikan dua orang gadis Indon diheret oleh dua orang lelaki India...Masya-Allah...

Hampir satu jam kami memerhatikan gelagat manusia di depan mata, kami terus bertolak balik ke UM. Benarlah seperti yang dikatakan...manusia zaman sekarang dah tak tahu dosa pahala lagi. Kenapa mereka sanggup melakukan perkara itu? hanya kerana keseronokan dunia yang sementara ini, mereka hanyut...hanyut di bawa oleh arus dosa dan laknat Allah..Nauzubillah..

Bukakanlah pintu hati meraka Ya Allah...bantulah orang2 yang seagama dengan aku itu Ya Allah...semoga mereka kembali ke pangkal jalan. Dan, yang pastinya...jagalah iman aku yang senipis bawang ini Ya Allah... supaya tidak turut hanyut oleh keasyikan dunia yang fana ini. Amin ya rabbal a'lamin..

Wednesday, March 14, 2007

Diari Hari Ini

Tahap ke'busy'an aku mencapai kemuncaknya pada malam ni. Urm...sibuk2. Dari tengahari tadi aku ke Kolej ke-10 jumpa member aku, ada hal penting. Lepas tu, ke kolej 4 pulak jumpa kawan aku jugak...balik jer dah lepas asar. Nasib baik aku takde kuliah dari tengahari sampai petang...

Skang dah pukul 8.30 PM. Jap lagi aku ada sesi penggambaran Balai Islam. Kemudiannya ada lagi sesi penggambaran untuk JTK pulak. Pastu, aku nak bincang pasal perarakan Maulidurrasul anjuran MPMUM dengan AJK-AJK aku pulak....pada masa yang sama, malam ni aku bertugas di bilik JTK. Pada pukul 10.30PM , aku akan ke UKM untuk menyiapkan tugasan penting. Aku tak pasti samada aku boleh pergi ke UKM pada 10.30Pm memandangkan jadual aku yang pack ni. Ahhhh...kalau boleh aku nak lari dari semua tugas-tugas ini. Kalau aku seorang yang tak bertanggungjawab,sudah pasti aku dah cabut dan tak join banyak projek. Insya-Allah, pada semester depan,aku tak akan jadi lagi JTK Kolej Kediaman Kinabalu.

Semester depan, aku nak bekerja secara part time secara full time. Haha...korang faham tak maksud aku? maknanya, aku taknak gangguan dari semua ini lagi. Aku hanya nak fokuskan pada pelajaran aku dan bisness yang sedang aku buat ni.

Tanggungjawab ini aku harap akan dipikul oleh para junior pulak...aku dah merasa, so bagilah peluang pada diorang pulak untuk merasa apa yang telah aku rasa.

Ooop!! Tak sempat nak siapkan blog ni. Aku nak pergi solat isyak dan bersedia untuk penggambaran dan mesyuarat. Jumpa lagi....bye2. :)


Tuesday, March 13, 2007

Malam Anugerah Kinabalu Ke-22

03/03/07 - Malam ni aku nampak smart sket..haha..poyonya. Takdelah, ni 1st aku pergi kat majlis berprestij ngan pakai blouser. sebelum ni pernah la pakai blouser tapi untuk ambik gambar pasport jer la...haha. Malam ni merupakan Malam Anugerah bagi mahasiswa-mahasiswa kolej aku yang telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti pada kolej. Aku bersama 10 kawan2 aku yang lain (barisan JTK) diundang sebagai VIP. Pada tahun ini, majlis ini diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya. Pada tahun lepas diadakan kat Hotel Istana Palace, KL.

Kitorang ke sana ngan kereta yang disewa khas. Bertolak ke sana pada jam 6.15 PM tetapi disebabkan hujan dan kesesakan jalan raya, sampai jer dah pukul 7.30PM. Selepas solat maghrib, aku dan Barisan JTK menyambut ketibaan Naib Cancelor UM, TNC UM, Pengetua-pengetua Kolej Kediaman dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Dan ini merupakan pertama kalinya aku bersalaman dengan seorang Raja. Bersalaman ngan Perdana Menteri pun sudah semasa sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang lepas di Putrajaya jugak.

Kami kemudiannya menyaksikan persembahan tarian Melayu, Cina dan India. Banyak persembahan pada malam itu, tak perlulah aku bagitahu semuanya di sini. Yang paling best gak, makanannya memang best2 belaka...hahaha. Tak henti2 makanan sampai...dan tak henti2 lah kitorang menyumbat makanan..walaupun dah kenyang.

Masa yang dinantikan pun tiba..." sekarang diumumkan Anugerah bagi pelajar-pelajar yang telah menyumbangkan jasa dan bakti pada kolej. Jasa-jasa mereka amat besar di hati kita. Dengan ini diumumkan penerima anugerah tersebut....Mohd Saifulzaman Zahariman...Fazlisya Ramli...Nurhaslina Bt Abd Hamid...Tan Pin Wooi...Mohd Zainuddin B Che Ismail..."


Selepas majlis penyampaian anugerah, sesi bergambar pula diadakan. Dalam perjalanan balik, kitorang ronda-ronda Putrajaya dulu...sambil ambil gambar. Orang ramai cam pelik jer kat kitorang...yer la, dah kul 1 pagi masih pakai blouser. Kemudiannya singgah pula kat seksyen 14, Petaling Jaya kat kedai mamak untuk makan sekali lagi.....mak ai, dah penuh perut ni. Tapi ikut jer la member2 aku yang lain.

Sampai kolej dah pukul 3 AM lebih dan terus zzZZzzZZZZ........ :) Bye2..

Monday, March 12, 2007

Renungkan...

Tengah hari itu matahari bersinar terik sekali.

Peluh membasahi tubuh sewaktu aku sedang berjalan-jalan menuju ke Low Yat . Hari itu aku bercadang untuk membeli barang-barang untuk upgrade komputer aku..

Tiba-tiba datang seorang penjual barang plastik yang dipikul dibahunya menyapa saya "Selamat tengah hari encik" sambil tersenyum lebar.

"saya tak nak beli bang, barang-barang ni saya dah ada" jawab aku kerana memang tidak niat untuk membeli.

"Saya cuma ucap selamat tengah hari encik" balasnya masih dengan tersenyum lebar.

Spontan aku menjawab "selamat tengah hari"

"Semoga hari ini encik diberi kesehatan dan kejayaan.." jawabnya kembali sambil tetap tersenyum, lalu menghilang di tengah kesibukan
kota
.

Dalam perjalanan itu, aku terpegun seketika....

Orang-orang seperti mereka para pedagang jalanan itu ternyata mampu memberi suatu contoh berharga bagaimana menjalani hidup dengan lebih bahagia.

Mampukan kita selalu tersenyum menjawab semua kenyataan hidup di depan kita?

Pedagang itu selalu tersenyum, walau kita tak membeli barang mereka. Walau peluh, debu dan panasnya matahari selalu menemani mereka. Mereka bahkan mampu memberi aku sebuah doa yang singkat.

Bayangkan... . betapa indah dunia ini jika kita dapat berbuat seperti mereka kepada semua orang yang kita temui hari ini.

Mari kita jadikan dunia ini jauh lebih indah dari sebelumnya. Aku cuma belum sempat berucap ini kepadanya..

"Terima kasih teman......semoga hari-harimu juga selalu berbahagia, sehat dan
kejayaan akan kau raih"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN BERBAYAR !!!

Anda berminat meneroka bidang bisness di internet? Kini, semakin ramai rakyat Malaysia yang menjadikan internet sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan yang lumayan. Anda pula bagaimana?

Tentunya anda pernah mendengar bahawa terdapat pelbagai kaedah menjana pendapatan dengan menggunakan komputer dan talian internet. Dan tahukah anda... sebenarnya terdapat pelbagai model dan jenis perniagaan internet yang boleh anda jalankan?

Soalnya, model perniagaan internet yang mana satukah paling ideal untuk anda?