Tuesday, February 20, 2007

Citer semenjak duamenjak ni... :)

Perrrghh..best giler. Urm..masa aku tulis blog ni, aku ngan kengkawan aku baru balik dari mandi manda kat air terjun Sg.Pisang,Gombak. Walaupun masih letih lepas balik dari kampung, sekurang-kurangnya ia melegakan aku yang kepenatan terperap dalam bas selama 8 jam malam tadi.

Aku baru sampai UM ni lepas bercuti raya cina. Tiga hari jer aku kat umah, sebab aku balik lewat sket..fieldwork la punya pasal..huhu. Aku abis fieldwork pada hari Jumaat (16/02/06). Sekarang aku dah gelap, macam tambi..haha. Yer la..sehari suntuk melakukan pemetaan di bawah terik matahari...tp takpe, aku seronok wat benda2 mcm ni..

Lepas habis fieldwork hari khamis (15/02/07), malamnya pada kul 12 mlm, kitorang sume bertolak dari Kemaman ke KL. Hajatnya nak terus balik dari Kemaman ke KB, tp tiket dah abis..so, kena balik KL dulu la...Sampai KL pada pagi Jumaat lepas subuh...pastu pada hari yang sama, kul 9 aku bertolak dari KL ke Rantau Panjang (kg aku) ngan kereta kwn aku. sampai rumah dah pukul 7.30 mlm..huhu..letihnya. Mlm tu aku tido awal..kalau kat UM kul 3 @ 4 pagi baru tido, kat umah kul 11.30 pm aku daj tido..letih maa..

Esoknya aku terperap kat umah jer...main2 ngan adik2..dah lama tak main2 ngan diorang.. :) rindunya aku kat diorang...huhu.

Esoknya (Ahad, 18/02/07), aku kena tolong sepupu aku kat kedai mkn. Dia xde pekerja... fuhh, penat sey..orang ramai sgt. Cuti raya cina ni org ramai sume ambik kesempatan tuk bershopping la..esoknya (Isnin, 19/02/07) aku kena jual lagi...kalau ikutkan hati memang taknak pergi, tp fikir pada sepupu aku yg mtk tlg, aku tlg la...petang ni aku balik awal, sb aku akan naik bas ke KL plk mlm ni. So, blk kul 5 petang tuk kemas pakaian. Kul 7 aku dah pergi semula ke Rantau Panjang untuk beli kasut baru...kasut Converse aku yg aku pakai selalu tu dah koyak,so kena beli baru la...Kali ni aku beli kasut Off The Wall kat Bundle Style.. Mak aii.. mahal gak, RM110. Tp takpe, sal puah ati...

Kul 8 mlm aku gi stesen bas, jumpa ngan Long, kwn aku kat UM..tak sangka aku naik bas sama ngan dia. Duk sebelah dia plk tu..sumenya tanpa dirancang....huhu.

Sampai UM kul 5.30 pagi (selasa, 20/02/07)...biasanya aku sampai jer akan tido dulu..tapi hari ni aku tak tido..kul 8 pergi Sg.Pisang, Gombak lak...Masa atas moto tadi, ngantuk giler... nasib baik tak terlelap...kalau tak, lahaulawala kuwwataillah billah....Mlm ni kwn2 bisnes aku ajak buat meeting kat Damansara plk...confirm blk lewat pagi plk ni...Tapi, bisnes2 jgk.. Study kena jaga la woi...Insya-Allah..

ok, itula citer aku sepanjang ninggu lepas sampai hari ni...sampai aku tulis blog ni.. sekarang nak tido, tapi dah petang, tak elok plk...bye2. Len kali sambung lagi.. :)