Friday, March 30, 2007

Maafkan Saya Mak.......

Bila aku tengok video ni, rasa macam terkena kat aku jer...huhu..banyaknya dosa aku pada mak...Maafkan saya mak...



Mak..
Maafkan anakmu mak…
Anakmu yang selalu melawan kata
Selalu pandangmu dengan mata yg tajam
Selalu fikir betapa kunonya mak…
Mak…
Aku pernah tengking mak…
Aku pernah marah mak…
Aku pernah malu nak tunjukkan mak pada kawan-kawan…
Malu sebab nanti org cakap aku anak orang kampong kolot…
Tapi mak tak pernah tengking aku balik…
Mungkin sebab mak sedar mak tak belajar tinggi mcm aku…
Aku masuk universiti…
Mak cuma duduk kat kampong hulu…
Tapi aku suka mak sebab mak pandai masak…
Mak selalu masak sedap…
Tapi aku tak pernah puji mak…
Sedangkan kalau orang lain masak aku puji tinggi..
Tapi mak tak pernah merungut…
Pernah aku cakap teringin nak makan kerepek pedas mak…
Mak diam saja…tapi…
Senyap-senyap mak pergi gali ubi kat blakang umah…
Mak kopek..mak potong…mak goreng…
Mak sira dengan gula dan cili…
Mak buat pedas-pedas…
Sebab mak tahu aku suka makan pedas..
Semua mak buat sorang-sorang….
Sebab masa tu aku tengah tertido depan TV..
Aku selalu marah mak bila mak pakai tudung senget-senget…
Aku malu dengan orang lain…
Mak kata.."biarlah…mak dah tua.."
Mak tak pernah merungut nak beli pencuci muka..
Bedak…lipstick…mascara..dan segala benda tu..
Sebab mak memang tak pernah pakai dan sentuh semua tu..
Mak tak pernah merungut nak baju baru..
Kadang-kadang mak pakai baju yang aku dah tak nak..
Mak kata…"sayang membazir.."
Mak tak pernah merungut nak pergi tempat-tempat menarik..
Mak ikut saja kemana Abah bawa mak..
Tempat shopping mak cuma di pasar..
Mak suka basuh baju…
Aku selalu marah mak bila mak selalu basuh baju yang baru dipakai..
Mak minta maaf…
Mak selalu basuh baju sampai lewat malam…
Lepas basuh baju…mak seterika pula..
Mak kata buat keja jangan bertangguh…
Mak seterika baju depan TV..
Sebab mak kata membazir masa kalau tengak TV saja…
Seingat aku..mak tak pernah tengok drama sampai habis..
Sebab mak akan tertido….
Mak letih agaknya…
Mak tido sebab mak nak bangun awal..
Bisanya bila aku bangun subuh…
Mak dah siap buat sarapan pun…
Aku hanya makan saja…
Lepas kemas dapur…mak pegi berkebun…
Mak suka tanam sayur dan bunga…
Mak tak boleh tengok rumput liar…
Semua mak nak tarah…
Mak kerja kuat sangat..
Sampai jari-jari mak dah ada yang bengkok…
Tapi…
Aku tak pernah nak urut blakang mak..
Macam aku urut kawan-kawan…
Aku malu…
Tapi mak…..
Anak mak sekarang dah sedar mak…
Anak mak nak baktikan hidup ini untuk mak…
Anak mak takut kalau tak sempat mohon ampun dari mak…
Anak mak nak peluk mak kuat-kuat…
Nak cium pipi mak puas-puas…
Nak urut…belai dan belikan baju cantik untuk mak…
Tapi mak…
Anak mak mungkin ego atau malu…
Maafkan anakmu ini dunia akhirat mak…
Maafkan saya mak....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tuesday, March 27, 2007

Islam Agama Suci...Allahu Akbar !!!

Penghinaan ke atas Islam berlaku di mana-mana dek kerana ceteknya pengetahuan mereka tentang Islam...Saya menyeru kepada kwn2 semua, kukuhkan iman kita semua...tingkatkan pengetahuan tentang Islam agar tidak mudah dipesongkan. Hari ini, musuh-musuh Islam tidak akan berhenti menyebarkan dakyah mereka sehinggalah kita mengikuti jejak langkah mereka. Hanya iman yang betul-betul mantap dapat menyelamatkan kita... hari ini, yang batil telah jelas, yang benar juga telah jelas....pilihlah salah satu antara keduanya...

Penghinaan



Jawapannya...



Islam Agama Suci.....






Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Maulidur Rasul Peringkat UM

Assalamualaikum...

Skang aku baru siapkan handbill, poster dan design banner untuk sambutan Maulidurrasul peringkat UM nanti. Handbill dan poster2 ni akan diserahkan pada HEP untuk disahkan dan seterusnya diagihkan pada semua kolej. Maulidurrasul peringkat UM akan diadakan pada 31/03/07 bersamaan 12 Rabi'ul Awal 1428H.

Rasulullah...pengorbananmu sangat besar...tanpa engkau, bagaimanalah aku hari ini... Dapatkah aku hidayah dari Ilahi?? Pengorbanan mu untuk umat ini sangat besar... Bermula dengan dakwah seorang diri, dipukul, diejek, diancam untuk dibunuh...engkau tetap dengan dakwah mu. Pernah engkau diberi pilihan samada dengan harta yang banyak, atau gadis2 yang cantik atau menjadi penguasa Mekah semata-mata supaya engkau menghentikan dakwahmu, engkau menolaknya... Mafhum hadis, Nabi bersabda: "Jikalau bulan diletak di tangan kiriku dan matahari di sebelah tangan kananku, tidak akan aku tinggalkan dakwah ini....aku tetap akan berdakwah sehingga agama ini menang atau aku akan mati!!".

Aku berharap kita semua akan sama-sama meraikan maulidur rasul nanti. Kalau hari kemerdekaan, ramai jer yang dapat pergi Stadium Merdeka, KLCC, Times Square untuk menyambutnya...sehingga tak kenal dunia. Penuh dengan maksiat....bercampur gaul dengan bukan mahram...tetiba, datangnya Maulidurrasul, kita lupakan...masya-Allah..

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"



Sama-samalah kita banyakkan selawat ke atas Nabi..berselawat keatas Nabi merupakan sesuatu yang dituntut oleh Allah S.W.T sebagaimana dalam firmanNya :" sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi, wahai orang2 yang beriman !! berselawatlah kamu dan berilah salam ke atasnya". (Al-Ahzab : 56)

Monday, March 26, 2007

Mutiara Kata

* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.

* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.

* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan & yang mana satu kawan.

* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki
yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.

* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak
mengejar nama.

* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
seumur hidupnya.

* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

* Imaginasi menguasai dunia.

* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.

* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak
menjadi pembaca terlebih dahulu.

* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.

* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada
orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada
kemiskinan mereka.

* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara
yang anda suka.

* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya
daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam.

* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari

* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa
yang anda dapat.

* Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.

* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
dimiliki

* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
masih mempunyai masa depan.

* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan.

* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya.

* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.

* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.

* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.

* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya.

* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.

* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda
boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu
memikirkan masa depan anda.

* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup.

* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah.

* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
bahawa masa depan masih ada.

* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak
pada diri manusia

* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita
belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang
yang gagal terus gagal

* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan
dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas
apa yang berlaku

* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada
yang berlidah manusia

* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk
kita rasai nikmatnya.

* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan
kegagalan

* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula
jatuh ke bumi

* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak
membuktikannya melalui perlaksanaan.

* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi
sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya
dirinya ditipu.

* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.

* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama

* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian

* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita
& kejayaan

* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya
kecacatan atau kekurangan

* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya
terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang sebenar

* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api
di dalamnya kita terbakar

* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan
akan menamatkan manusia

* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya

* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya

* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah
daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang
kita usahakan

* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran
yang datang.

* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan
beroleh apa yang kita hajati.

* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Sunday, March 25, 2007

Pergi Jalan2 Kat UPSI

Huh...letihnya. Masa aku tulis blog ni, aku baru balik dari Klang selepas pergi UPSI. Aku bersama DM Kobex, SM Aizat dan M Sopi pergi ke UPSI sejak hari Jumaat lagi...skang baru blk. sekarang pagi Ahad..huhu.

Kitorang ke sana atas urusan kerja...yang tak dapat dielakkan. Bertolak pada hari Jumaat, mlm Sabtu dan sampai UPSI dalam pukul 11PM. Kitorang berjumpa dengan semua group kat Restoran Mamak Nasi Kandar, depan Bahtera. Settle semua urusan malam tu, aku dan M Sopi bermalam di rumah kawan aku di Kolej Kediaman Harun Aminurrasyid. DM Kobex dan SM Aizat hanya tidur di dalam kereta proton Putra kepunyaan DM Kobex sampai pagi.

Sabtu (24/03/07)- Misi bermula pada pukul 9AM. Kitorang semua bertolak ke Kampus UPSI. Settlekan kerja di sana dalam pukul 3PM dan kembali ke Restoran semalam. Pukul 7PM, kitorang semua bertolak ke Klang pulak. Selesaikan kerja di sana...Jam dah menunjukkan pukul 2AM, kitorang pun bertolak balik ke UM.

Sepanjang aku di UPSI, ramai member2 aku masa MRSM YT Besut dan MRSM KT dapat aku jumpa...antaranya Fahmi, Handalah dan Azuan (Binjai). Hari last aku di UPSI, aku sempat berkenalan dengan Salman, pelajar tahun pertama yang mengambil jurusan Maths. Dia ceritakan pada aku, dia masuk UPSI atas permintaan keluarga. Walaupun dia tidak berminat, tetapi untuk tidak mengecewakan ibu-bapa, dia turutkan kemahuan. Semoga dia menjadi anak yang soleh dan sentiasa berjaya.....

Monday, March 19, 2007

Suatu Malam Di Lorong Haji Taib

Sepanjang dua tahun aku di bandar metropolitan KL ni, banyak perkara yang sudah aku belajar..bermacam-macam ragam manusia telah aku jumpa. Semuanya mengajar aku erti kematangan dan mengenali liku-liku hidup seorang manusia...


Malam ni, selepas balik dari UiTM jumpa kawan aku, lebih kurang pukul 12 tengah malam,aku bersama 3 orang kawan aku yang lain bercadang meronda Lorong Haji Taib. Petang tadi aku lepak di bilik kawan aku, dan aku terbaca buku mestika tentang pelacuran dan kebanjiran 'bapuk' di Lorong Haji Taib. Betulkah?? so, kitorang pun ke sana malam ni.

Sesampainya di sana, memang benar seperti yang di sangka...Fuhh, berlambak-lambak 'bapuk' yang kitorang jumpa. Kebanyakannya sedang menunggu pelanggan di kaki lima bangunan kedai. Tak puas hati tengok dari jauh, kitorang parking kereta...lalu berjalan kaki ramai-ramai meronda kawasan Lorong Haji Taib. Kebanyakkan yang kitorang jumpa adalah 'bapuk2' dari kalangan orang melayu...Masya-Allah..apa nak jadi ngan diorang ni...

"Bang, gadis umur 15 dan 16 tahun hanya RM20 jer bang...murah2..Jom la bang. Abang ikut saya dan tengok sendiri...RM20 jer " satu suara menyapa dari arah belakang kami. Huh, terkejut kitorang..."takpe la bang, kitorang nak jalan2 jer...", kawan aku menjawab. "bang, gadis ni bang...umur baru 15, 16 tahun..RM20 jer bang...", orang lelaki itu terus memujuk. Malas nak layan, kitorang terus blah ke tempat lain. Dalam fikiran aku" mungkin itu yang di panggil bapak ayam kot...tak pun agen diorang".


Kami terus berjalan dan melintasi sekumpulan 'bapuk'. "Fewwittt...", bapuk2 itu bersiul untuk menarik perhatian kitorang. " Abang, datang la sini bang...murah jer bang.."terdengar suara sorang bapuk tu berkata. Kami lihat diorang...Perrrghh, sebijik macam pompuan. Cantik pulak tu..kalau tak tengok dengan baik, mungkin kitorang dah anggap diorang tu pompuan. Kenapalah diorang tu jadik mcm ni...kesian diorang.

Sepanjang perjalanan itu, kitorang dapat saksikan bagaimana beberapa orang yg bermotosikal menempah bapuk2 itu. Kami jugak nampak seorang lelaki india dengan bapuk indianya menaiki sebuah rumah tumpangan...semestinya untuk "projek". Aku juga dapat saksikan dua orang gadis Indon diheret oleh dua orang lelaki India...Masya-Allah...

Hampir satu jam kami memerhatikan gelagat manusia di depan mata, kami terus bertolak balik ke UM. Benarlah seperti yang dikatakan...manusia zaman sekarang dah tak tahu dosa pahala lagi. Kenapa mereka sanggup melakukan perkara itu? hanya kerana keseronokan dunia yang sementara ini, mereka hanyut...hanyut di bawa oleh arus dosa dan laknat Allah..Nauzubillah..

Bukakanlah pintu hati meraka Ya Allah...bantulah orang2 yang seagama dengan aku itu Ya Allah...semoga mereka kembali ke pangkal jalan. Dan, yang pastinya...jagalah iman aku yang senipis bawang ini Ya Allah... supaya tidak turut hanyut oleh keasyikan dunia yang fana ini. Amin ya rabbal a'lamin..

Wednesday, March 14, 2007

Diari Hari Ini

Tahap ke'busy'an aku mencapai kemuncaknya pada malam ni. Urm...sibuk2. Dari tengahari tadi aku ke Kolej ke-10 jumpa member aku, ada hal penting. Lepas tu, ke kolej 4 pulak jumpa kawan aku jugak...balik jer dah lepas asar. Nasib baik aku takde kuliah dari tengahari sampai petang...

Skang dah pukul 8.30 PM. Jap lagi aku ada sesi penggambaran Balai Islam. Kemudiannya ada lagi sesi penggambaran untuk JTK pulak. Pastu, aku nak bincang pasal perarakan Maulidurrasul anjuran MPMUM dengan AJK-AJK aku pulak....pada masa yang sama, malam ni aku bertugas di bilik JTK. Pada pukul 10.30PM , aku akan ke UKM untuk menyiapkan tugasan penting. Aku tak pasti samada aku boleh pergi ke UKM pada 10.30Pm memandangkan jadual aku yang pack ni. Ahhhh...kalau boleh aku nak lari dari semua tugas-tugas ini. Kalau aku seorang yang tak bertanggungjawab,sudah pasti aku dah cabut dan tak join banyak projek. Insya-Allah, pada semester depan,aku tak akan jadi lagi JTK Kolej Kediaman Kinabalu.

Semester depan, aku nak bekerja secara part time secara full time. Haha...korang faham tak maksud aku? maknanya, aku taknak gangguan dari semua ini lagi. Aku hanya nak fokuskan pada pelajaran aku dan bisness yang sedang aku buat ni.

Tanggungjawab ini aku harap akan dipikul oleh para junior pulak...aku dah merasa, so bagilah peluang pada diorang pulak untuk merasa apa yang telah aku rasa.

Ooop!! Tak sempat nak siapkan blog ni. Aku nak pergi solat isyak dan bersedia untuk penggambaran dan mesyuarat. Jumpa lagi....bye2. :)


Tuesday, March 13, 2007

Malam Anugerah Kinabalu Ke-22

03/03/07 - Malam ni aku nampak smart sket..haha..poyonya. Takdelah, ni 1st aku pergi kat majlis berprestij ngan pakai blouser. sebelum ni pernah la pakai blouser tapi untuk ambik gambar pasport jer la...haha. Malam ni merupakan Malam Anugerah bagi mahasiswa-mahasiswa kolej aku yang telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti pada kolej. Aku bersama 10 kawan2 aku yang lain (barisan JTK) diundang sebagai VIP. Pada tahun ini, majlis ini diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya. Pada tahun lepas diadakan kat Hotel Istana Palace, KL.

Kitorang ke sana ngan kereta yang disewa khas. Bertolak ke sana pada jam 6.15 PM tetapi disebabkan hujan dan kesesakan jalan raya, sampai jer dah pukul 7.30PM. Selepas solat maghrib, aku dan Barisan JTK menyambut ketibaan Naib Cancelor UM, TNC UM, Pengetua-pengetua Kolej Kediaman dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Dan ini merupakan pertama kalinya aku bersalaman dengan seorang Raja. Bersalaman ngan Perdana Menteri pun sudah semasa sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang lepas di Putrajaya jugak.

Kami kemudiannya menyaksikan persembahan tarian Melayu, Cina dan India. Banyak persembahan pada malam itu, tak perlulah aku bagitahu semuanya di sini. Yang paling best gak, makanannya memang best2 belaka...hahaha. Tak henti2 makanan sampai...dan tak henti2 lah kitorang menyumbat makanan..walaupun dah kenyang.

Masa yang dinantikan pun tiba..." sekarang diumumkan Anugerah bagi pelajar-pelajar yang telah menyumbangkan jasa dan bakti pada kolej. Jasa-jasa mereka amat besar di hati kita. Dengan ini diumumkan penerima anugerah tersebut....Mohd Saifulzaman Zahariman...Fazlisya Ramli...Nurhaslina Bt Abd Hamid...Tan Pin Wooi...Mohd Zainuddin B Che Ismail..."


Selepas majlis penyampaian anugerah, sesi bergambar pula diadakan. Dalam perjalanan balik, kitorang ronda-ronda Putrajaya dulu...sambil ambil gambar. Orang ramai cam pelik jer kat kitorang...yer la, dah kul 1 pagi masih pakai blouser. Kemudiannya singgah pula kat seksyen 14, Petaling Jaya kat kedai mamak untuk makan sekali lagi.....mak ai, dah penuh perut ni. Tapi ikut jer la member2 aku yang lain.

Sampai kolej dah pukul 3 AM lebih dan terus zzZZzzZZZZ........ :) Bye2..

Install Sistem Affiliate Sendiri

Pada hari ini, kita dapat melihat peningkatan yang begitu mendadak dalam bisness Internet. Pelbagai laman web yang menjual produk dan menjual info banyak terdapat internet sekarang.

Bagi anda yang baru bermula dengan bisness Internet, tahukah anda bagaimana mahu mendapatkan pendapatan pertama anda melalui Internet? Anda yang baru mencuba dalam bidang ini sememangnya tidak tahu barangan apakah yang sesuai dijual di internet, cara mempromosikan barangan di internet, cara mendapatkan trafik yang tinggi di internet dan sebagainya.

Saya syorkan kepada anda yang baru bermula, dapatkan income pertama anda melalui sistem affiliate atau google adsense. Pada kali ini, saya akan tekankan berkenaan Sistem Affiliate. Apa yang anda faham tentang Affiliate? yang pastinya anda tidak mempunyai barang atau produk kepunyaan anda sendiri tetapi mempromosikan barangan orang lain. Tuan punya barang pula akan memberikan diskaun kepada anda disebabkan promosi dan jualan yang anda lakukan.

Tidak bosankah anda hanya mempromosikan barangan orang lain? mahukah anda mempunyai Sistem Affiliate anda sendiri? sudah tentu mahu bukan...Apabila anda mempunyai sistem affiliate sendiri, ini bermakna keuntungan dari jualan produk anda atau e-book anda adalah 100% milik anda. Saya ada e-book untuk anda, bagaimana anda boleh menginstall sistem affiliate anda sendiri dalam masa 30 minit !!! ya, hanya 30 minit anda sudah mempunyai sistem affiliate...dan anda merupakan boss!!!


Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, makamalaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku mel ihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN BERBAYAR !!!

Hari ini ramai orang yang berminat menjalankan Bisness Internet, tetapi kebanyakan daripada Usahawan Internet tidak tahu bisness apakah yang paling ideal untuk mereka. Lebih-lebih lagi yang baru berjinak dengan bisness internet, mereka kurang mengetahui teknik-teknik berkesan mempromosikan barangan mereka. Jika anda mempunyai masalah tersebut,saya ada penyelesaiannya untuk anda!!!



Monday, March 12, 2007

Renungkan...

Tengah hari itu matahari bersinar terik sekali.

Peluh membasahi tubuh sewaktu aku sedang berjalan-jalan menuju ke Low Yat . Hari itu aku bercadang untuk membeli barang-barang untuk upgrade komputer aku..

Tiba-tiba datang seorang penjual barang plastik yang dipikul dibahunya menyapa saya "Selamat tengah hari encik" sambil tersenyum lebar.

"saya tak nak beli bang, barang-barang ni saya dah ada" jawab aku kerana memang tidak niat untuk membeli.

"Saya cuma ucap selamat tengah hari encik" balasnya masih dengan tersenyum lebar.

Spontan aku menjawab "selamat tengah hari"

"Semoga hari ini encik diberi kesehatan dan kejayaan.." jawabnya kembali sambil tetap tersenyum, lalu menghilang di tengah kesibukan
kota
.

Dalam perjalanan itu, aku terpegun seketika....

Orang-orang seperti mereka para pedagang jalanan itu ternyata mampu memberi suatu contoh berharga bagaimana menjalani hidup dengan lebih bahagia.

Mampukan kita selalu tersenyum menjawab semua kenyataan hidup di depan kita?

Pedagang itu selalu tersenyum, walau kita tak membeli barang mereka. Walau peluh, debu dan panasnya matahari selalu menemani mereka. Mereka bahkan mampu memberi aku sebuah doa yang singkat.

Bayangkan... . betapa indah dunia ini jika kita dapat berbuat seperti mereka kepada semua orang yang kita temui hari ini.

Mari kita jadikan dunia ini jauh lebih indah dari sebelumnya. Aku cuma belum sempat berucap ini kepadanya..

"Terima kasih teman......semoga hari-harimu juga selalu berbahagia, sehat dan
kejayaan akan kau raih"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN BERBAYAR !!!

Anda berminat meneroka bidang bisness di internet? Kini, semakin ramai rakyat Malaysia yang menjadikan internet sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan yang lumayan. Anda pula bagaimana?

Tentunya anda pernah mendengar bahawa terdapat pelbagai kaedah menjana pendapatan dengan menggunakan komputer dan talian internet. Dan tahukah anda... sebenarnya terdapat pelbagai model dan jenis perniagaan internet yang boleh anda jalankan?

Soalnya, model perniagaan internet yang mana satukah paling ideal untuk anda?