Cerita Tentang Dia
Dia dilahirkan pada 6 Mei 1986. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana..nak kata miskin, takdelah miskin sangat, bolehlah makan anak beranak..nak kata kaya pun tak jugak, sb takde plk bapa dia mampu beli kereta BMW ke..Mercedes Benz ke..
Semasa di sekolah rendah, dia seorang kanak-kanak yang nakal. Selalu ngan gengnya...bertumbuk dan mengejek kawan2 adalah perkara biasa bagi seorang kanak-kanak. Seingat aku, dia memang selalu mandi sungai di belakang rumahnya, Sungai Golok. Erm..balik jer rumah, campak baju dan seluar kat tepi dinding, terus terjun sungai. Memang dia hero...
Dia anak bapak...selalu ikut bapa dia pergi ke mana pun. Bapanya seorang peniaga kecil...di sebelah pagi, bapanya berniaga. Di sebelah petang, bapanya menghantar barang ke kedai2 runcit. Kalau pergi menghantar barang ke kedai2 runcit, dia tentu akan di bawa...Sayang sungguh bapanya kepada dia..dan dia juga sayang betul bapanya. Kalau ke kebun sekalipun, tentu dia juga akan di suruh ikut.
Pada peringkat menengah, dia tinggal bersama ibu saudaranya untuk memudahkan urusan persekolahan. Lagipun, rumah ibu saudaranya lebih dekat dengan sekolah berbanding rumahnya. Pencapaiannya di peringkat menengah agak membanggakan dikala orang lain bernasib malang. Dia berjaya melanjutkan pengajian ke MRSM. Pada ketika itu, dia sudah matang dalam urusan hidup ini. Dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa ibu dan bapanya yang telah lama berusaha keras untuknya. Dia berjanji pada dirinya yang dia akan berjaya....be somebody.
Hari yang disangka panas, rupa-rupanya hujan di siang hari. Semasa dia di tingkatan 4, bapanya telah di santau. Memang celaka orang yang santau bapanya..sial ! Memang sifat manusia yang tidak boleh melihat orang lain senang..itulah ungkapan yang boleh dia gambarkan. Dalam zaman yang serba moden ini, masih ada rupanya manusia yang bertuhankan syaitan! Bapanya tiba-tiba sakit dan tidak boleh bercakap dengan betul. Apa yang ingin disebut, benda lain pula yang dicakapkan. Punca pendapatan keluarganya tiba-tiba hilang. Yer.. sebelum itu, keluarganya bergantung pada hasil kerja bapa mereka, dan kini dengan tiba-tiba bapanya sakit!
Apabila bapanya dibawa berjumpa doktor pakar, mereka tidak dapat mengesan apa-apa penyakit pada bapanya. Dan doktor menyarankan bapanya dibawa balik. Keluarganya mula berikhtiar berubat secara kampung pula. Sudah serata tempat keluarganya mencari bomoh, tetapi tiada satu pun yang boleh mengubati. Sudah banyak wang dibelanjakan...dan kehidupan keluarganya mula berubah. Wang yang disimpan selama ini mula berkurangan. Hampir setahun berubat, barulah dijumpai seorang bomoh yang mampu melawan "semangat syaitan" yang dihantar ke dalam tubuh bapanya. Di dalam satu gelas di rumah bomoh itu, keluarganya dengan jelas dapat melihat siapakah dalang yang menyantau bapa mereka. Dan, tidak lain tidak bukan orang itu adalah jirannya sendiri yang selama ini selalu meminta bantuan daripada mereka jika mempunyai masalah. Sungguh tidak disangka.........
Walaupun bapanya sudah kembali sihat, tetapi tenaganya sudah tidak seperti dahulu lagi. Bapanya sudah lemah...dan ibunya yang selama ini adalah seorang suri rumah terpaksa memikul tanggungjawab sebagai pencari nafkah keluarga. Kehidupan keluarganya benar-benar berubah selepas kejadian itu. Daripada kehidupan yang sederhana, kini berubah menjadi miskin...yer, miskin..
Melihatkan keadaan keluarga, semangat dia untuk berjaya makin berkobar-kobar. Dia berjaya ke peringkat Matrikulasi. Semasa di Matrikulasi, abangnya sudah tamat belajar dan mula bekerja. Kehidupan keluarga mereka semakin baik... Walaupun begitu, dia tidak leka. Dia belajar bersungguh-sungguh di peringkat Matrikulasi dan setimpal dengan usahanya, dia berjaya ke Universiti...Universiti Malaya.
Peluangnya untuk berjaya semakin terbentang luas. Dia akan membalas jasa kedua ibu-bapanya suatu hari nanti..itulah kata-kata hatinya. Semasa di tahun pertama, semester pertama...dia sekali lagi dikejutkan dengan suatu berita...bapanya yang disayangi sedang tenat di Hospital Kota Bharu. Pada masa itu, dia berada di dewan kuliah. Terus di tinggalkan dan bersiap untuk pulang ke kampung...sesampainya di stesen Putra, tiket bas sudah habis. Yang tinggal hanyalah tiket bas tambahan yang berharga lagi mahal, bas pula buruk...tetapi, hatinya sudah tidak sanggup untuk menunggu lebih lama...ingin dia berjumpa dengan bapanya. Dan dia mengambil keputusan untuk pulang pada malam itu juga.
Esok pagi, dia selamat sampai ke HKB. Terus ke wad bapanya di tempatkan...bapanya begitu gembira berjumpa dengannya. Bapanya meminta di buatkan air susu dan dia buatkan...lalu di suapkan ke mulut bapanya. Hampir dua jam dia bertemu bapanya, bapanya tiba-tiba makin tenat...dan kemudiannya koma. Selama dua hari bapanya koma, dia sentiasa di sisi bapanya.. bapa kesayangannya. Pada hari ketiga, denyutan nadi bapanya makin perlahan...dan akhirnya meninggal di ribaannya..hatinya meraung.." Abah, kenapa tinggalkan kami...kami sayang abah..". Tuhan itu maha adil..dia relakan pemergian abahnya. Semoga abahnya tenang di sana... Yang pastinya, dia tidak akan berjumpa dengan abahnya lagi dan tak mungkin dapat membalas jasanya.. jasanya yang menggunung.." Abah...I Love You.."
Sekarang dia di tahun dua pengajian. Dia bertekad untuk tidak akan terlepas peluang buat kali yang kedua. Dia masih punya ibu...ibu yang dicintai. Dia berazam dan berdoa, semoga dia sempat membalas jasa ibunya suatu hari nanti. Dia akan berjuang...walau diri terkorban, untuk ibunya.." Ma, din sayangkan ma..."
No comments:
Post a Comment