Impian Aku
Malam ni aku rasa sungguh bosan...takde mood. Nak study pun malas...so, tulis blog sket. Pada masa aku takde semangat ni, aku nak tulis pasal impian. Kerana impianlah mendorong manusia mencapai kejayaan. semoga lepas ni aku ada semangat balik. Takde orang di dunia ini yang takde impian..semua ada. Orang giler jer takde.hehe..betul tak?
Impian aku, yang pertama sekali aku nak bahagiakan ibu aku. Yang selama ini telah banyak berkorban untuk aku? Nak bahagiakan abah aku dah tak boleh...dia dah pergi selamanya.. :( Yang keduanya, aku nak bahagiakan adik-beradik aku...aku kesian kat diorang. Aku nak penuhi setiap kehendak mereka kalau boleh...dan yang terakhir, aku nak bahagiakan diri aku.
Untuk mencapai impian, kalau hanya berangan tak akan berhasil. Impian datang bersama usaha yang gigih. Impian yang sebesar gunung memerlukan usaha yang sebesar gunung juga. Impian aku terletak di tangan aku. Aku yang hendak, so aku lah yang perlu berusaha menggapainya. Dan aku akan buktikan yang impian aku ini akan menjadi kenyataan.
Jika datang seratus atau seribu orang yang ingin menghalang aku daripada menggapai impian aku, aku akan tentang mereka.. sekalipun bentengnya sebesar Tembok Besar China, aku akan robohi ia...demi impian aku.
No comments:
Post a Comment