Wednesday, January 31, 2007
Tuesday, January 30, 2007
Bau Ketiak Lelaki
Posted by Mohd Zainuddin Che Ismail at 10:51 AM 0 comments
Monday, January 29, 2007
Impian Aku
Malam ni aku rasa sungguh bosan...takde mood. Nak study pun malas...so, tulis blog sket. Pada masa aku takde semangat ni, aku nak tulis pasal impian. Kerana impianlah mendorong manusia mencapai kejayaan. semoga lepas ni aku ada semangat balik. Takde orang di dunia ini yang takde impian..semua ada. Orang giler jer takde.hehe..betul tak?
Impian aku, yang pertama sekali aku nak bahagiakan ibu aku. Yang selama ini telah banyak berkorban untuk aku? Nak bahagiakan abah aku dah tak boleh...dia dah pergi selamanya.. :( Yang keduanya, aku nak bahagiakan adik-beradik aku...aku kesian kat diorang. Aku nak penuhi setiap kehendak mereka kalau boleh...dan yang terakhir, aku nak bahagiakan diri aku.
Untuk mencapai impian, kalau hanya berangan tak akan berhasil. Impian datang bersama usaha yang gigih. Impian yang sebesar gunung memerlukan usaha yang sebesar gunung juga. Impian aku terletak di tangan aku. Aku yang hendak, so aku lah yang perlu berusaha menggapainya. Dan aku akan buktikan yang impian aku ini akan menjadi kenyataan.
Posted by Mohd Zainuddin Che Ismail at 1:56 AM 0 comments
Labels: Peribadi
Sunday, January 28, 2007
Fieldwork lagi...
Uhh..cepatnya masa berlalu...sekarang dah nak abis bulan Januari 2007. Sekejap jer rasanya...mungkin dah nak kiamat kot, masa berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar, dah nak cuti pertengahan sem 2 pulak. Cuti antara semester hari tu aku tak balik sebab ada fieldwork. Selama sebulan cuti tu aku tak balik. Rindu la kat kampung halaman...dah lama tak jumpa ngan ma, dan adik2. Rindunya kat diorang..... Camni la kalau dah ambik geologi, memang selalu ada fieldwork. Kira punya kira, dah empat bulan aku tak balik...mak ai, lamanya..
Korang bayangkan, kalau kat kuliah memang alim dan berpakaian tak mendedahkan aurat. Tapi bila dah di lapangan, kain tudung dah terbang ke mana aku pun tak tahu. Pakai pakaian ketat - ketat...adoi...kenapa diorang jadik macam ni eh? Dengan mudah saja diorang ni bertukar rupa. Macam power ranger plk..hehe. Aku kekadang sedih ngan diorang, memain jer perintah Allah. Mudah jer diorang bukak aurat depan lelaki ajnabi. Perintah siapa lagi yang nak di ikut, kalau bukan perintah dari yang Maha Kuasa ? tak pikir ker balasan Allah di akhirat nanti?
Cuti antara semester 2 ni ada fieldwork lagi. Aku harap tak berlaku lagi macam yg lepas2... pakai lah pakaian yang sopan. bukan susah sangat pun... Lelaki ni memang suka dapat yang free. hehe...dapat tengok pun jadi la. Menambahkan dosa kitorang , dan lebih2 lagi korang la yg sengaja nak tunjuk2. So, kecantikan dalaman korang tu tunjukkanlah pada suami masing2 nanti. Sabar yer...masanya akan tiba nanti. =)
Posted by Mohd Zainuddin Che Ismail at 9:59 AM 0 comments
Labels: Peribadi
Saturday, January 27, 2007
Benarkah Allah Wujud?
Aku ada satu cerita. Nak citer la kat korang..moga2 dapat manfaat dan pengajaran. Dalam kehidupan kita, kekadang tu rasa macam tak adil kan..yer lah, ada orang yang ditimpa musibah, penderitaan, kesakitan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi benda ni semua kena pulak pada orang Islam yang percaya yang Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang...kenapa perkara ni boleh berlaku?
Cerita bermula;
Si lelaki itu tidak menjawab dan diam sahaja kerana tidak mahu bergaduh. Siap sahaja barber itu melakukan tugasnya, lelaki itu pun pergilah...selepas beberapa langkah berjalan, dia terpandang seorang lelaki tua yang kotor, tidak terurus, berambut panjang dan selekeh. Lelaki itu kemudiannya berpatah balik kepada barber tadi. Dia lalu berkata, " tahukah kamu, sebenarnya tukang gunting juga tidak wujud". Barber itu pun bengang, " mengapa kamu berkata begitu? bukankah aku yang menggunting rambut mu sebentar tadi?. Maka jawab lelaki itu. " Tidak, kalaulah tukang gunting wujud, mengapa masih ada orang yang berambut panjang, selekeh dan kotor macam lelaki tua itu". Barber menjawab, " Ahhhh...tukang gunting wujud tetapi lelaki itulah yang bersalah kerana tidak datang kepada saya untuk menggunting rambutnya". Lelaki itu berkata, " tepat sekali..that's the point!! Allah juga wujud tetapi itulah yang terjadi jika manusia tidak mengingatinya dan datang kepadanya untuk meminta pertolongan".
kelahiran adalah sesuatu yang tidak boleh diubah, tetapi kehidupan boleh diubah oleh diri manusia itu sendiri...
Posted by Mohd Zainuddin Che Ismail at 1:55 AM 0 comments
Labels: Pedoman
Thursday, January 25, 2007
Cerita Tentang Dia
Hari yang disangka panas, rupa-rupanya hujan di siang hari. Semasa dia di tingkatan 4, bapanya telah di santau. Memang celaka orang yang santau bapanya..sial ! Memang sifat manusia yang tidak boleh melihat orang lain senang..itulah ungkapan yang boleh dia gambarkan. Dalam zaman yang serba moden ini, masih ada rupanya manusia yang bertuhankan syaitan! Bapanya tiba-tiba sakit dan tidak boleh bercakap dengan betul. Apa yang ingin disebut, benda lain pula yang dicakapkan. Punca pendapatan keluarganya tiba-tiba hilang. Yer.. sebelum itu, keluarganya bergantung pada hasil kerja bapa mereka, dan kini dengan tiba-tiba bapanya sakit!
Apabila bapanya dibawa berjumpa doktor pakar, mereka tidak dapat mengesan apa-apa penyakit pada bapanya. Dan doktor menyarankan bapanya dibawa balik. Keluarganya mula berikhtiar berubat secara kampung pula. Sudah serata tempat keluarganya mencari bomoh, tetapi tiada satu pun yang boleh mengubati. Sudah banyak wang dibelanjakan...dan kehidupan keluarganya mula berubah. Wang yang disimpan selama ini mula berkurangan. Hampir setahun berubat, barulah dijumpai seorang bomoh yang mampu melawan "semangat syaitan" yang dihantar ke dalam tubuh bapanya. Di dalam satu gelas di rumah bomoh itu, keluarganya dengan jelas dapat melihat siapakah dalang yang menyantau bapa mereka. Dan, tidak lain tidak bukan orang itu adalah jirannya sendiri yang selama ini selalu meminta bantuan daripada mereka jika mempunyai masalah. Sungguh tidak disangka.........
Walaupun bapanya sudah kembali sihat, tetapi tenaganya sudah tidak seperti dahulu lagi. Bapanya sudah lemah...dan ibunya yang selama ini adalah seorang suri rumah terpaksa memikul tanggungjawab sebagai pencari nafkah keluarga. Kehidupan keluarganya benar-benar berubah selepas kejadian itu. Daripada kehidupan yang sederhana, kini berubah menjadi miskin...yer, miskin..
Melihatkan keadaan keluarga, semangat dia untuk berjaya makin berkobar-kobar. Dia berjaya ke peringkat Matrikulasi. Semasa di Matrikulasi, abangnya sudah tamat belajar dan mula bekerja. Kehidupan keluarga mereka semakin baik... Walaupun begitu, dia tidak leka. Dia belajar bersungguh-sungguh di peringkat Matrikulasi dan setimpal dengan usahanya, dia berjaya ke Universiti...Universiti Malaya.
Peluangnya untuk berjaya semakin terbentang luas. Dia akan membalas jasa kedua ibu-bapanya suatu hari nanti..itulah kata-kata hatinya. Semasa di tahun pertama, semester pertama...dia sekali lagi dikejutkan dengan suatu berita...bapanya yang disayangi sedang tenat di Hospital Kota Bharu. Pada masa itu, dia berada di dewan kuliah. Terus di tinggalkan dan bersiap untuk pulang ke kampung...sesampainya di stesen Putra, tiket bas sudah habis. Yang tinggal hanyalah tiket bas tambahan yang berharga lagi mahal, bas pula buruk...tetapi, hatinya sudah tidak sanggup untuk menunggu lebih lama...ingin dia berjumpa dengan bapanya. Dan dia mengambil keputusan untuk pulang pada malam itu juga.
Sekarang dia di tahun dua pengajian. Dia bertekad untuk tidak akan terlepas peluang buat kali yang kedua. Dia masih punya ibu...ibu yang dicintai. Dia berazam dan berdoa, semoga dia sempat membalas jasa ibunya suatu hari nanti. Dia akan berjuang...walau diri terkorban, untuk ibunya.." Ma, din sayangkan ma..."
Posted by Mohd Zainuddin Che Ismail at 6:20 AM 0 comments
Labels: Peribadi
Nak belajar buat blog
Assalamualaikum...
Sambil dengar lagu Izwan Pilus yang bertajuk Kembali Senyum, aku mulalah mencoretkan aper2 yang ader dalam kepala otak aku ni.. :)
Posted by Mohd Zainuddin Che Ismail at 5:34 AM 0 comments
Labels: Peribadi