Saturday, April 14, 2007
Friday, April 13, 2007
Aku Masih Cintakan Mu...Kekasih...
Aku tahu...apabila kita mencintai seseorang, belum tentu dia akan jadi milik kita. Aku tak kisah kamu akan menjadi milik siapa...asalkan kau bahagia. Inilah bukti cinta sejati...Aku cintakan kau...xxxxx
Posted by
Mohd Zainuddin Che Ismail
at
3:42 AM
0
comments
Thursday, April 12, 2007
Kenapa Perempuan Masih Teringat Kat Ex-Bf?
1. Kekasih atau pasangan sekarang ni tak sebaik dulu.
2. Anda masih sayangkan kekasih yang lama.
3.Cinta yang sekarang hanya cinta bidan terjun
4.Anda benci Lelaki
5.Anda sebenarnya sekarang ini t idak bercinta!
Posted by
Mohd Zainuddin Che Ismail
at
5:44 PM
0
comments
Labels: Cinta
Wednesday, April 11, 2007
Bercinta Tanpa Restu Keluarga
Gambar di bawah menunjukkan pasangan yang bercinta tanpa restu keluarga...


Huahuahua....
Posted by
Mohd Zainuddin Che Ismail
at
3:30 AM
5
comments
Labels: Lawak
Tuesday, April 10, 2007
Kolej Kesayanganku...
Di sinilah aku berteduh sepanjang 2 tahun aku di UM ni. Banyak kisah suka dan duka sepanjang berada di Kolej Kinabalu yang tercinta ni.. :)
Lagu Kolej Kinabalu
Berada dalam satu perjuangan
menuju ke satu wawasan
cemerlang berterusan
menjadi kolej yang ternama
kebanggaan rakyat dan negara
kita satukanlah dengan keyakinan
pastikan kita selangkah dihadapan
------- ulang --------------------
Di sinilah kita satukan cita-cita
satu tekad dan satu tujuan
kita pastikanlah Kinabalu tercinta
kan teratas di Persada Perdana
-------- ulang -------------------
Posted by
Mohd Zainuddin Che Ismail
at
2:21 PM
0
comments
Monday, April 9, 2007
Boikot Barangan USA dan Yahudi
COCA-COLA , COLGATE DAN STARBUCK
FAKTA-FAKTA PENTING
- Kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi yang disokong Kerajaan Amerika terhadap kemanusiaan dan negara-negara lemah telah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.
- Mereka pula disokong kuat dengan bantuan moral dan kewangan yang besar oleh banyak syarikat-syarikat penyokong dan berkepentingan Yahudi yang tidak bermoral, tidak bertanggung jawab dan semata-mata “ mempergunakan pengguna” yang sering dilayan tak lebih dari haiwan (goyim).
- Sebagai manusia yang adil, pengguna bijak dan menjaga maruah kita, seharusnya kita berurusan dengan syarikat yang menghormati hak kemanusiaan dan kepenggunaan. Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.
- Atas kesedaran ini, rasanya tidak cukup untuk kita sekadar “ mengutuk” Rejim Israel. Setiap daripada kita yang sedar dan ingin melakukan sesuatu untuk menghentikan keganasan dan kezaliman ini dapatlah memainkan peranan dengan menyertai boikot terpilih bagi menyampaikan isyarat kepada mereka yang buta perasaan dan hati ini.
- * Demi keamanan & kesejahteraan kemanusiaan sejagat bersatu kita BOIKOT 3 buat permulaan, 3 produk pilihan yang terbukti menyokong dan berkepentingan Yahudi dipilih sebagai produk yang akan diboikot bagi memberi fokus dan memudahkan kita mengukur keberkesanan kempen boikot produk penyokong dan berkepentingan Yahudi bagi menentangi keganasan dan peperangan.
- Asas pemilihan 3 syarikat ini adalah kerana terdapat banyak lagi produk altenatif, produk tidak kritikal, produk tidak membawa kebaikan selain daripada dasar syarikat dan produk yang amat tidak beretika..
- Jika jualan mereka boleh dijejaskan dengan boikot ini, syarikat-syarikat lain juga akan berfikir 2 kali kali sebelum meneruskan sokongan mereka kepada Rejim zalim ini.
- Perjuangan ini dibawa dan didokong bersama: MAPAN, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, AMAN MALAYSIA, PRESMA, KIMMA, IIS, Yayasan Kerjaya Malaysia, parti-parti Politik, NGO-NGO Kemanusiaan & Keamanan, individu-individu yang inginkan kedamaian serta rakyat Malaysia prihatin yang tidak dapat disenaraikan.
- “ Penyokong kepada musuh kita adalah musuh kita jua.” Perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan kemanusiaan sejagat adalah tanggungjawab kita bersama dan memerlukan sedikit pengorbanan. Ianya boleh dilakukan sebagai agenda kita bersama walaupun kita mempunyai fahaman, ideologi dan keturunan yang berbeza.Mari kita buktikan kita boleh lakukan sesuatu dalam perjuangan membawa keamanan dan masa depan kita bersama!


Pesanan ini disampaikan oleh PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)
Posted by
Mohd Zainuddin Che Ismail
at
5:46 PM
0
comments
Labels: Notis Untuk Muslim
Mak Ai, Exam Dah Dekat La...
Assalamualaikum..
bye2..
Posted by
Mohd Zainuddin Che Ismail
at
12:42 AM
0
comments
Labels: Peribadi
Sunday, April 8, 2007
KENCING MASAM LEBIH TERUK
Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,
"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih.
Huahuahua...
Posted by
Mohd Zainuddin Che Ismail
at
11:23 PM
0
comments
Labels: Lawak
Friday, April 6, 2007
Thursday, April 5, 2007
Aku Pencinta Mu
Cinta adalah keabadian... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Posted by
Mohd Zainuddin Che Ismail
at
3:39 PM
0
comments
Labels: Cinta

















